Thursday, August 29, 2013

SENIBINA, BINAAN ATAU PEMBANGUNAN?

Saya lulusan pelajar Senibina I tahun 2009, kemudian saya bekerja di firma arkitek setahun dan langsung saya melompat ke syarikat sekarang yang dulunyam menjanjikan projek pembangunan. Tertipu maka saya terserap ke dalam projek binaan. Dan untuk menyedapkan hati saya sambung bidang pengurusan dan pembangunan bandar. Hahahaha! Banyaknya bidang!! Tak fokus langsung ke?? Tak apa. Saya melihat persepsi yang sedikit berbeza walaupun ketiga-tiganya memang menawarkan job scope yang sangat jurang bezanya namun ada persamaan walaupun tidak serupa. Pertama... semua ada melibatkan fizikal iaitu membina bangunan. Kedua... semua akan menyebut "cadangan pembangunan" dalam kertas kerja / lukisan binaan / laporan kemajuan. Ketiga... melibatkan 3 pihak; a. klien b. konsultan c. kontraktor . Keempat... sumber rujukan haruslah ada dokumen kontrak yang sah. Kelima... tak ada idea kerana banyak sangat persamaan. Malas juga nak tulis panjang-panjang. Kesimpulan? Saya yakin saya tak membazirkan masa dalam apa jua keadaan yang sedang saya hadapi kerana setiap pengalaman merupakan ilmu yang dapat mematangkan saya secara zahiriah dan lahiriah.

No comments:

Post a Comment