Thursday, August 29, 2013

ERTI KEMERDEKAAN PADA DIRIKU !

Well... tomorrow is our independence day wooohooo!!! :D Yes kita sudah 56 tahun merdeka daripada jajahan British (penjajah terakhir). Banyak perkara boleh diceritakan daripada kemerdekaan Malaysia ni tapi disebabkan saya bukanlah pakar sejarah (hanya minat sikit2 pada sejarah) maka saya nak memberi sedikit pencerahan tentang erti kemerdekaan mengikut klarifikasi saya sendiri. "Merdeka" bagi saya adalah bebas. Kebebasan daripada satu kuasa / pengaruh / perasaan / keadaan yang tertekan atau penuh konflik atau negatif atau keburukan. Maka secara tidak langsung kebebasan turut membawa erti 'hijrah'; dan secara dasarnya memperlihatkan penghijrahan sesuatu kepada yang lebih baik. Saya terpanggil untuk meneliti kemerdekaan Malaysia jika dibandingkan pada tahun pertama kemerdekaan dan tahun ke-56 kemerdekaan. Jurang beza yang agak tinggi kerana masing-masing melalui kemerdekaan melalui keadaan tersendiri. Jika saya diberi peluang untuk lahir pada tahun 1957, saya pasti menghayati titik peluh kepimpinan negara untuk membebaskan negara dan juga pejuang2 kemerdekaan yang lain dengan lebih mendalam. Saya di tahun 2013, maka penghayatan saya adalah sekadar memperingati sejarah hari ini sebagai hari yang pernah Malaysia / Malaya lalui untuk bebas daripada kongkongan British. Namun, erti kemerdekaan yang lebih beerti bagi saya sekarang adalah lebih daripada sekadar memperingati tanggal 31 ogos 1957. Saya mengamati merdeka dengan melihat diri saya mencapai apa dan apa. Kerana kemerdekaan saya padankan dengan penghijrahan maka jika saya mencapai sesuatu yang lebih baik, maka saya akan 'merdeka' dengan jayanya !

No comments:

Post a Comment