Thursday, August 29, 2013

KONFLIK NEGARA ATAU KONFLIK AGAMA? ATAU KONFLIK SAUDARA?

Ahhh... pening dan menyesakkan dengan isu Mesir, Syria dan Palestin. Keadaan yang masih bergelora dan tidak tahu apa kesudahannya. Ketiga-tiga negara itu adalah negara saudara seagama saya yang menjadi mangsa utama. Konflik negara, konflik agama, konflik saudara? Seperti hampir semua. Biar saya huraikan. Mengapa konflik negara? Saya melihat terdapat campur tangan daripada pihak2 luar negara untuk 'cuba' menyelesaikan masalah tersebut. Contoh pada dekat adalah campur tangan United Nation utk 'menyelesaikan' isu senjata kimia di Syria. Kita sedia maklum UN adalah badan yg memberi contoh utk penyelesai kepada konflik dunia. Yakin atau tidak pada kebaikan UN ini, saya sendiri ada melihat pros and cons. Tapi apa yang cuba dibuat oleh UN kepada Syria macam apa yang Amerika dah buat ke atas Afghanistan masa isu World Trade Centre collapsed in 11th September 2001. Jadi, boleh juga kita sama2 analisa sama ada penyelesaian ini akan mengurangkan bebanan atau lebih menambah perisa 'kenerakaan' kepada saudara2 saya. Konflik agama? Yes ada hubungan yang besar kerana di akhir zaman penduduk dunia yang bukan Islam lebih gemar memusuhi Islam dan banyak jalan dibuat untuk membawa Islam kepada kehancuran. Banyak bukti dalam Al-Quran sudah menunjukkan bahawa Islam pasti dimusuhi pada akhir zaman dan isu paling jelas dilihat pada isu Palestin. Yahudi Israel seperti kita maklum beriya-iya nak sangat Palestin. Banyak kisah juga sedang berceloteh yang mereka tengah membina terowong untuk meng-akses BaitulMaqdis demi penemuan sebuah buku yang 'berkuasa' untuk mempercepatkan kemunculan sebuah makhluk yang akan mengakibatkan kehancuran Islam dan penganut2nya; Dajjal Al-Masih. Konflik saudara memang jelas sangat. Terutama di Mesir, kerana perbalahan antara penyokong2 parti walau secara dasarnya adalah orang arab tetapi tiada penyatuan disebabkan berbeza ideologi.

No comments:

Post a Comment