Friday, August 30, 2013
Thursday, August 29, 2013
NGANTUK GILA PERUT PENUH SOLAT JUMAAT !
Salam jumaat ! Hari ni syok skit sebab satu ofis diajak makan free kt kedai pakcik "Junita Cafe". Menu utama nasi minyak lauk daging. Sebab makan free memang muka muncul la kan. Kalo tak memang jarang makan kt kedai pakcik tu. Lepas nak makan naik ofis dan sekarang tengah menaip sekejap (curi2) sebab menahan ngantuk yang AMAT SANGAT !!! Tadi masuk2 ofis ada la 2 kerat manusia yang bukan wanita berada di ofis. Di ofis ku ni, memang lelaki2 nya (sebahagian kecil) susah nak solat jumaat skit. Kira sekarang ni dapat dosa free je la sebab tak tegur. adoi.... tadi dah pulas tombol pintu surau sebab nak 'memejamkan' mata dengan harapan lepas 10 minit tina tolong kejutkan hehe. Tapi KUNCI PULAK! Sebab ada lagi sekerat manusia bukan wanita tengah tido dalam surau ! Ish! Ish! Bila dapat tau Boh yang tido, rasa membuak2 marah di hati ni! Sebab ngantuk tak abis lagi.
KONFLIK NEGARA ATAU KONFLIK AGAMA? ATAU KONFLIK SAUDARA?
Ahhh... pening dan menyesakkan dengan isu Mesir, Syria dan Palestin. Keadaan yang masih bergelora dan tidak tahu apa kesudahannya. Ketiga-tiga negara itu adalah negara saudara seagama saya yang menjadi mangsa utama. Konflik negara, konflik agama, konflik saudara? Seperti hampir semua. Biar saya huraikan. Mengapa konflik negara? Saya melihat terdapat campur tangan daripada pihak2 luar negara untuk 'cuba' menyelesaikan masalah tersebut. Contoh pada dekat adalah campur tangan United Nation utk 'menyelesaikan' isu senjata kimia di Syria. Kita sedia maklum UN adalah badan yg memberi contoh utk penyelesai kepada konflik dunia. Yakin atau tidak pada kebaikan UN ini, saya sendiri ada melihat pros and cons. Tapi apa yang cuba dibuat oleh UN kepada Syria macam apa yang Amerika dah buat ke atas Afghanistan masa isu World Trade Centre collapsed in 11th September 2001. Jadi, boleh juga kita sama2 analisa sama ada penyelesaian ini akan mengurangkan bebanan atau lebih menambah perisa 'kenerakaan' kepada saudara2 saya. Konflik agama? Yes ada hubungan yang besar kerana di akhir zaman penduduk dunia yang bukan Islam lebih gemar memusuhi Islam dan banyak jalan dibuat untuk membawa Islam kepada kehancuran. Banyak bukti dalam Al-Quran sudah menunjukkan bahawa Islam pasti dimusuhi pada akhir zaman dan isu paling jelas dilihat pada isu Palestin. Yahudi Israel seperti kita maklum beriya-iya nak sangat Palestin. Banyak kisah juga sedang berceloteh yang mereka tengah membina terowong untuk meng-akses BaitulMaqdis demi penemuan sebuah buku yang 'berkuasa' untuk mempercepatkan kemunculan sebuah makhluk yang akan mengakibatkan kehancuran Islam dan penganut2nya; Dajjal Al-Masih. Konflik saudara memang jelas sangat. Terutama di Mesir, kerana perbalahan antara penyokong2 parti walau secara dasarnya adalah orang arab tetapi tiada penyatuan disebabkan berbeza ideologi.
ERTI KEMERDEKAAN PADA DIRIKU !
Well... tomorrow is our independence day wooohooo!!! :D Yes kita sudah 56 tahun merdeka daripada jajahan British (penjajah terakhir). Banyak perkara boleh diceritakan daripada kemerdekaan Malaysia ni tapi disebabkan saya bukanlah pakar sejarah (hanya minat sikit2 pada sejarah) maka saya nak memberi sedikit pencerahan tentang erti kemerdekaan mengikut klarifikasi saya sendiri.
"Merdeka" bagi saya adalah bebas. Kebebasan daripada satu kuasa / pengaruh / perasaan / keadaan yang tertekan atau penuh konflik atau negatif atau keburukan. Maka secara tidak langsung kebebasan turut membawa erti 'hijrah'; dan secara dasarnya memperlihatkan penghijrahan sesuatu kepada yang lebih baik.
Saya terpanggil untuk meneliti kemerdekaan Malaysia jika dibandingkan pada tahun pertama kemerdekaan dan tahun ke-56 kemerdekaan. Jurang beza yang agak tinggi kerana masing-masing melalui kemerdekaan melalui keadaan tersendiri. Jika saya diberi peluang untuk lahir pada tahun 1957, saya pasti menghayati titik peluh kepimpinan negara untuk membebaskan negara dan juga pejuang2 kemerdekaan yang lain dengan lebih mendalam. Saya di tahun 2013, maka penghayatan saya adalah sekadar memperingati sejarah hari ini sebagai hari yang pernah Malaysia / Malaya lalui untuk bebas daripada kongkongan British. Namun, erti kemerdekaan yang lebih beerti bagi saya sekarang adalah lebih daripada sekadar memperingati tanggal 31 ogos 1957. Saya mengamati merdeka dengan melihat diri saya mencapai apa dan apa. Kerana kemerdekaan saya padankan dengan penghijrahan maka jika saya mencapai sesuatu yang lebih baik, maka saya akan 'merdeka' dengan jayanya !
MOVIE "ADA APA DENGAN CINTA" !
Suka betul movie ni. Ada ditayangkan time mula2 raya dulu. Best sebab dialog, lagu, pelakon, jalan cerita, ada unsur politik (hehe).
PIIIRAHH MABUK ! KICI-KICI LUMBU JAGA... !
Masa tahun 90an... suka betul sebut ayat ni. Sedangkan orang yang kita ajukan "Piiirahh Mabuk!" bukan seorang kaki botol. Siapa pencipta ayat-ayat ini? Vintage betul tapi macam boleh merosakkan bahasa. Saya pernah dengar lagu racist "Kici-kici lumbu jaga" yang dinyanyikan oleh bangsa saya dan ditujukan kepada bangsa singh. Ish! Apa kejadahnya pulak ! No good!
BESTESTFRIEND YANG GILA ATAU BESTESTFRIEND YANG GILA-GILA? APA KAITAN DENGAN TUN RAZAK?
Apakah bezanya?? Tiada. Sama je. Sebab bestestfriend saya memang gila dan gila-gila. Esok ada nge-date ngan dia tengok movie "TANDA PUTRA". Banyak persepsi kata cerita ini ada menimbulkan isu perkauman namun hormat saya pada Tun Razak (bukan pada anaknya)yang membawa saya nak sangat tengok dia. Saya membaca buku "Tun Abdul Razak" tulisan makcik saya Dr. Paridah Abd Samad dan saya mula mengenali beliau secara terperinci sejak berusia 14 tahun. Banyak jasa beliau untuk bangsa saya yang membawa perkembangan penglibatan bangsa saya secara serius dalam pendidikan, ekonomi dan kerajaan tempatan.
TERBANG JAUH DARI SINI
Antara cita-cita yang belum tercapai adalah.... terbang jauh dari sini demi mengejar ilmu ! I am so struggling for this and will make myself to win this mission. Saya bersungguh-sungguh untuk menulis proposal kepada universiti dan alhamdulillah ada respon. Sedang tunggu at least "Conditional Offer" dari universiti tersebut so saya dapat cepat2 meletak surat rasmi. Saya ingin terbang jauh dari sini kerana saya nak menghirup udara baru dan memenuhkan pandangan saya dengan permandangan yang baru. Semoga berjaya! Amin!
CHE DET ATAU PAK AJIB?
Al-kisah... scenario yang sedang berlaku di Malaysia. Entah kenapa saya nampak hal ini begitu jelas dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Seolah-olah ada dua pihak sedang berentap untuk memenangi kerusi peneraju UMNO pada masa akan datang. Yang jelas kedua-duanya saya tidak minat kerana saya penyokong "di other side" hihi. Antara Che Det dan Pak Ajib, mana pilihan anda? Yang jelas masing-masing ada melihat pros and cons bila memilih antara dua. Jangan tersalah pilih sampai tergadai negara sudahlah ya... :)
JAWAB EXAM... PASS KE TAK PASS?
Serius kalo aku yang ditanya pasal ni... tak sure nak jawab pass ke tak... sebap lebih baik aku ditanya "boleh dapat A ke tak" hahaha berlagak ayat ni. Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan, saya pernah merasa perkara yang teruk sehingga membolehkan diri saya ditanya "boleh pass ke tak?" sebab hadir lambat di exam hall iaitu selepas 20 minit exam bermula. STRESS!! But Alhamdulillah still manage to answer more than 1 answer booklet haha (atas alasan tulisan besor2).
SENIBINA, BINAAN ATAU PEMBANGUNAN?
Saya lulusan pelajar Senibina I tahun 2009, kemudian saya bekerja di firma arkitek setahun dan langsung saya melompat ke syarikat sekarang yang dulunyam menjanjikan projek pembangunan. Tertipu maka saya terserap ke dalam projek binaan. Dan untuk menyedapkan hati saya sambung bidang pengurusan dan pembangunan bandar. Hahahaha! Banyaknya bidang!! Tak fokus langsung ke?? Tak apa. Saya melihat persepsi yang sedikit berbeza walaupun ketiga-tiganya memang menawarkan job scope yang sangat jurang bezanya namun ada persamaan walaupun tidak serupa. Pertama... semua ada melibatkan fizikal iaitu membina bangunan. Kedua... semua akan menyebut "cadangan pembangunan" dalam kertas kerja / lukisan binaan / laporan kemajuan. Ketiga... melibatkan 3 pihak; a. klien b. konsultan c. kontraktor . Keempat... sumber rujukan haruslah ada dokumen kontrak yang sah. Kelima... tak ada idea kerana banyak sangat persamaan. Malas juga nak tulis panjang-panjang.
Kesimpulan? Saya yakin saya tak membazirkan masa dalam apa jua keadaan yang sedang saya hadapi kerana setiap pengalaman merupakan ilmu yang dapat mematangkan saya secara zahiriah dan lahiriah.
BOS BERTANYA TENTANG UNIVERSITI
Okay. Easy one and yet, I was still answering "UiTM je" ces ! Kenapa saya tidak yakin bahawa UiTM ni universiti yang bagus??! Mulai dari hari ini, saya akan lebih yakin untuk bercakap tentang universiti saya.
CINTA MANUSIA ATAU CINTA ALLAH ?
Kedua-duanya belum saya layak miliki kerana belum cukup serba dan serbi. Faktor peradaban dunia yang berubah mengikut masa sentiasa menjurus kepada sesetengah fokus yang menjauhkan saya untuk layak memiliki kedua-duanya. Apakah saya boleh mengubahnya? Boleh! Jika saya usaha untuk mengejar kedua-duanya! MASA sentiasa berjalan ke hadapan dan tidak mungkin akan bergerak secara berlawanan kecuali jika anda berada di Malaysia anda ingin terbang ke London (Ada perbezaan masa -9 jam). Hm... ya la kan ... tak ada idea...
HOHOHO HAPPY HAPPY FOR MY FAMILY !
Alhamdulillah ! Syukran Jazilan ya Allah !
Akhirnya papa released and papa boleh bebas menghirup udara segar di sekitarnya! Cerita tentang papa panjang dan terlalu banyak pahit berbanding manisnya maka saya takkan bercerita panjang tentang dia... Yang penting mama dan papa boleh lebih gembira berbanding sekarang sebab kitorang sentiasa happy satu keluarga !
TAHUKAH ANDA ... ?
Saya cuba untuk menghirup udara segar di office tanpa kesunyian tetapi tetap sunyi sebab kerja yang semakin berkurangan atas faktor dalaman dan luaran yang tidak menentu ataupun dalam bahasa inggeri "unpredictable". Saya adalah seorang Penjadual Program (Buruk juga sebutannya) dan sekarang disebabkan banyak isu yang melibatkan kontrak dan tah apa apa lagi (malas nak jelaskan atas faktor MALAS) maka kerja saya semakin berkurangan. Ini merupakan faktor yang utama sehinggakan saya dapat menulis cerita di dalam blog ini. Bos saya pula suka suruh saya karangkan surat untuk dia... yelah untuk menyenangkan kerja dia dan saya walaupun tak berapa gemar tetapi kerana kerja saya sudah berkurangan maka saya terpaksa TERSENYUM menerima kerja itu seperti kerja itu memang kepakaran saya walaupun tidak la sangat !
ENCIK BOS SAYA !
Bos gua tengah mengomel kat CM dan QS.... saya tak ambil pot sangat bos punya cerita tapi telinga agak ada ciri2 kuali jugak.
BOSAN !
Assalamualaikum!
Alhamdulillah baru sekarang ni nak aktif semula menulis. Sememangnya hidup kini semakin penuh dengan kebosanan, maka saya merajinkan diri untuk menulis, mengomen dan mengomel seorang diri. Saya tahu ayat-ayat saya sekarang bukan boleh dibuat rujukan tapi saya yakin satu hari nanti... ya! satu hari nanti!
Hari ini saya akan bercakap tentang.... BOSAN !
Pernah ke anda merasa bosan yang amat sangat?? Ya! Anda memang pernah! Apa yang anda sedang atau telah alami memang sedang saya alami dan ini sangat menyesakkan nafas saya kerana saya tak sanggup untuk menghidup udara-udara segar secara kesunyian....
Subscribe to:
Comments (Atom)










