Monday, September 9, 2013

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Akhirnya! Saya dah "Tender of Resignation" kat company saya selepas 3 tahun 2 bulan bekerja! Memang mengharukan sebab dapat jugak saya keluar hehe. Walau bagaimanapun, saya sedih nak tinggalkan company yang banyak membawa sejarah pahit manis hitam putih pada hidup saya. Tujuan hidup saya sudah bertukar; nak jadi arkitek tapi nampak gaya buat masa sekarang tak dapek la. Namun saya redha atas segala ketentuan Allah. Saya sentiasa berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan inshaAllah, langkah hidup saya ke arah tu dapat tercapai dengan sambung belajar yang lebih membawa kepada mengajar daripada bersama2 kawan2 dalam industri. Hakikatnya, saya tak sanggup kerja penat2 untuk industri. Takpe, tak jadi arkitek ke, pengurus ke... jadi stazah pun ok gak. Setiap hari akan menambah ilmu. InshaAllah anak murid akan mendoakan kesejahteraan dan kerja berbentuk "noble" bak kata mama dan papa. Usnuzon :)

Thursday, August 29, 2013

NGANTUK GILA PERUT PENUH SOLAT JUMAAT !

Salam jumaat ! Hari ni syok skit sebab satu ofis diajak makan free kt kedai pakcik "Junita Cafe". Menu utama nasi minyak lauk daging. Sebab makan free memang muka muncul la kan. Kalo tak memang jarang makan kt kedai pakcik tu. Lepas nak makan naik ofis dan sekarang tengah menaip sekejap (curi2) sebab menahan ngantuk yang AMAT SANGAT !!! Tadi masuk2 ofis ada la 2 kerat manusia yang bukan wanita berada di ofis. Di ofis ku ni, memang lelaki2 nya (sebahagian kecil) susah nak solat jumaat skit. Kira sekarang ni dapat dosa free je la sebab tak tegur. adoi.... tadi dah pulas tombol pintu surau sebab nak 'memejamkan' mata dengan harapan lepas 10 minit tina tolong kejutkan hehe. Tapi KUNCI PULAK! Sebab ada lagi sekerat manusia bukan wanita tengah tido dalam surau ! Ish! Ish! Bila dapat tau Boh yang tido, rasa membuak2 marah di hati ni! Sebab ngantuk tak abis lagi.

KONFLIK NEGARA ATAU KONFLIK AGAMA? ATAU KONFLIK SAUDARA?

Ahhh... pening dan menyesakkan dengan isu Mesir, Syria dan Palestin. Keadaan yang masih bergelora dan tidak tahu apa kesudahannya. Ketiga-tiga negara itu adalah negara saudara seagama saya yang menjadi mangsa utama. Konflik negara, konflik agama, konflik saudara? Seperti hampir semua. Biar saya huraikan. Mengapa konflik negara? Saya melihat terdapat campur tangan daripada pihak2 luar negara untuk 'cuba' menyelesaikan masalah tersebut. Contoh pada dekat adalah campur tangan United Nation utk 'menyelesaikan' isu senjata kimia di Syria. Kita sedia maklum UN adalah badan yg memberi contoh utk penyelesai kepada konflik dunia. Yakin atau tidak pada kebaikan UN ini, saya sendiri ada melihat pros and cons. Tapi apa yang cuba dibuat oleh UN kepada Syria macam apa yang Amerika dah buat ke atas Afghanistan masa isu World Trade Centre collapsed in 11th September 2001. Jadi, boleh juga kita sama2 analisa sama ada penyelesaian ini akan mengurangkan bebanan atau lebih menambah perisa 'kenerakaan' kepada saudara2 saya. Konflik agama? Yes ada hubungan yang besar kerana di akhir zaman penduduk dunia yang bukan Islam lebih gemar memusuhi Islam dan banyak jalan dibuat untuk membawa Islam kepada kehancuran. Banyak bukti dalam Al-Quran sudah menunjukkan bahawa Islam pasti dimusuhi pada akhir zaman dan isu paling jelas dilihat pada isu Palestin. Yahudi Israel seperti kita maklum beriya-iya nak sangat Palestin. Banyak kisah juga sedang berceloteh yang mereka tengah membina terowong untuk meng-akses BaitulMaqdis demi penemuan sebuah buku yang 'berkuasa' untuk mempercepatkan kemunculan sebuah makhluk yang akan mengakibatkan kehancuran Islam dan penganut2nya; Dajjal Al-Masih. Konflik saudara memang jelas sangat. Terutama di Mesir, kerana perbalahan antara penyokong2 parti walau secara dasarnya adalah orang arab tetapi tiada penyatuan disebabkan berbeza ideologi.

ERTI KEMERDEKAAN PADA DIRIKU !

Well... tomorrow is our independence day wooohooo!!! :D Yes kita sudah 56 tahun merdeka daripada jajahan British (penjajah terakhir). Banyak perkara boleh diceritakan daripada kemerdekaan Malaysia ni tapi disebabkan saya bukanlah pakar sejarah (hanya minat sikit2 pada sejarah) maka saya nak memberi sedikit pencerahan tentang erti kemerdekaan mengikut klarifikasi saya sendiri. "Merdeka" bagi saya adalah bebas. Kebebasan daripada satu kuasa / pengaruh / perasaan / keadaan yang tertekan atau penuh konflik atau negatif atau keburukan. Maka secara tidak langsung kebebasan turut membawa erti 'hijrah'; dan secara dasarnya memperlihatkan penghijrahan sesuatu kepada yang lebih baik. Saya terpanggil untuk meneliti kemerdekaan Malaysia jika dibandingkan pada tahun pertama kemerdekaan dan tahun ke-56 kemerdekaan. Jurang beza yang agak tinggi kerana masing-masing melalui kemerdekaan melalui keadaan tersendiri. Jika saya diberi peluang untuk lahir pada tahun 1957, saya pasti menghayati titik peluh kepimpinan negara untuk membebaskan negara dan juga pejuang2 kemerdekaan yang lain dengan lebih mendalam. Saya di tahun 2013, maka penghayatan saya adalah sekadar memperingati sejarah hari ini sebagai hari yang pernah Malaysia / Malaya lalui untuk bebas daripada kongkongan British. Namun, erti kemerdekaan yang lebih beerti bagi saya sekarang adalah lebih daripada sekadar memperingati tanggal 31 ogos 1957. Saya mengamati merdeka dengan melihat diri saya mencapai apa dan apa. Kerana kemerdekaan saya padankan dengan penghijrahan maka jika saya mencapai sesuatu yang lebih baik, maka saya akan 'merdeka' dengan jayanya !

MOVIE "ADA APA DENGAN CINTA" !

Suka betul movie ni. Ada ditayangkan time mula2 raya dulu. Best sebab dialog, lagu, pelakon, jalan cerita, ada unsur politik (hehe).

PIIIRAHH MABUK ! KICI-KICI LUMBU JAGA... !

Masa tahun 90an... suka betul sebut ayat ni. Sedangkan orang yang kita ajukan "Piiirahh Mabuk!" bukan seorang kaki botol. Siapa pencipta ayat-ayat ini? Vintage betul tapi macam boleh merosakkan bahasa. Saya pernah dengar lagu racist "Kici-kici lumbu jaga" yang dinyanyikan oleh bangsa saya dan ditujukan kepada bangsa singh. Ish! Apa kejadahnya pulak ! No good!